| Tajuk: |
Penggunaan internet oleh anak-anak: Ibu Bapa dan pihak sekolah perlu bekerjasama. |
| Pengarang: |
Yang…73, diolah dari Researh and Guidelines For Children’ Use of Internet. |
| Website: | www.Putera.Com |
Artikel Dua:
| Tajuk: | Revolusi Internet sukar dikawal. |
| Pengarang: | Neil Winton, Reuters, dipetik dari Utusan Megabait (1997). |
| Website: | www.Putera.com |
Internet menyambungkan pelbagai rangkaian dari sebuah negara ke dalam sebuah sistem rangkaian lebuhraya maklumat yang asalnya berpusat di Amerika tanpa mengira kawasan geografi, politik dan agama. Terdapat pelbagai tafsiran mengenai internet antaranya ada yang mengatakan Internet bermaksud International Network (Rangkaian Antarabangsa) dan ia juga membawa maksud Inter Networkinng ( sambungan Rangkaian) Dengan kata lain Internet membawa maksud, ranngkaian yang menghubungkan manusia dengan manusia lain dan juga benua dengan benua lain dengan tujuan untuk bertukar maklumat serta berkongsi ilmu pengetahuan.
Menurut artikel yang diolah dari Ressearh and Guidelines For Children Use of Internet mengatakan bahawa golongan guru berpendapat pembabitan ibu bapa amat penting berhubung dengan isu penggunaan internet dan setiap polisi dan undang-undang yang dibuat mesti mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak. Walaupun ramai ibu bapa yang berpendapat bahawa internet medium yang penting yang membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain untuk membincang tentang aktiviti, pelajaran dan kemajuan anak-anak, tetapi sejauh manakah pihak sekolah dapat menyelenggara dan membina laman web yang kemas kini dari masa ke semasa. Tambahan lagi, sekolah memainkan peranan penting dalam mengurangkan jurang digital antara pelajar yang mampu dengan pelajar yang kurang mampu.
Beberapa panduan untuk pihak sekolah dan ibu bapa telah disenaraikan berhubung dengan penggunaan internet oleh anak-anak. Antaranya
|
i. |
membantu ibu bapa, guru dan pelajar menggunakan internet untuk pembelajaran |
| ii. | memberi panduan dan mendidik anak-anak seawal usia mereka supaya dapat menggunakan internet dengan lebih beretika |
| iii. | beri sepenuh tumpuan untuk usaha-usaha bagi menggalak pencapaian laman-laman yang berfaedah daripada menyekat laman-laman yang tidak berfaedah. |
Walaupun begitu terdapat berbagai- bagai bahan yang terdapat di dalamnya Walaupun pada niat dan tujuannya segalanya memberikan maklumat samada negatif atau positif.
Sekarang ini penggunan internet amatlah memberangsangkan menyebabkan pelayaran untuk mendapatkan maklumat tidak dapat disekat dan pembangunan beransur-ansur ke arah perdagangan elektronik. Menurut Neil Winton yang diambil dari kata Roussel, “ Kami melihat internet sebagai satu revolusi yang sedang berkembang dan sesuatu yang tidak boleh dihalang”. Keadaan ini akan menyebabkan negara diancam dengan kehilangan pendapatan daripada cukai. Mungkin tiada sebarang tindakan yang mereka boleh lakukan dalam menangani isu ini kerana sebarang cubaan untuk mengawal trafik di internet akan menemui jalan buntu.
Menurut Neil Winton, perdagangan melalui internet amat sukar dihalang, Contohnya, China dimana kesemua trafik internet disalurkan menerusi Beijing Universiti yang hanya membolehkan akses kepada kandungan yang dibenarkan oleh kerajaan, tetapi mereka boleh membuat pangilan ke Taiwan untuk mendapatkan maklumat yang mereka kehendaki.
Kesimpulannya, internet membolehkan pelayar mendapat pelbagai perisian secara percuma dan mengetahui pelbagai perkara yang menarik minat tanpa ada sekatan dimana tindakan untuk menghalang kebebasan bersuara dan mengenakan cukai ke atas perdagangan elektronik yang digagaskan oleh internet hanyalah membuang masa mereka sahaja.